sumayyah khayyath

21 October 2009

mujahidahsejatiassalamualaikum semua…

dah lama x update blog ni.beberapa bulan rasanya. sebelum raya 1430H dulu, dapat posting surgery. punye la sibuk(alasan je tu) hehehehe..

bila puasa, balik mesia, emmm masa kat mesia memang xle nk online sebab takde intenet kat rumah. al hasil tak dapat la update blog ni.

saya letak tajuk kita malam ni, sumayyah khayyath. suka sangat2 nama ni. sebab suami suka bagitau yang saya ni sumayyah zaman sekarang. saya kena sentiasa tabah hadapi setiap dugaan. dan saya kena sentiasa tersenyum. di sebalik nama ni, tersirat satu impian, untuk menyeru individu kepada islam yang sebenar. ..

apa maksudnya islam yang sebenar?haaaa tu nanti kita crita nooo.sekarang ni saya nak mempersiapkan diri untuk belajar. sebab isnin sampai rabu minggu depan dah nak exam.

ok sampai jumpa..assalamualaikum..


3B….BILA BP KU DROP…

26 March 2009

BILA BP KU DROP…

minggu ke 3 di koja, minggu yang sangat melelahkan. minggu ini giliran saya on call sebanyak 3 malam!capek buaaaaanget!tp saya kuatkan semangat.mudah-mudahan dipermudah oleh Allah.

akhir minggu, pulang on call dengan keletihan. awal-awal boleh lagi ngobrol ngan kawan-kawan. masuk je bilik kepala dah pening. try tidur, tapi tetap pening gak. bangun, pening gak. Ya Allah..kenapa ni..stress dengan makalah yang belum selesai, bahan untuk present tak siap lagi..ya Allah…macam mana ni..

akhirnya, wat keputusan, esok pegi klinik. malam tu mintak kawan tolong check blood preasure. ada untung gak belaja medik ni. he he he. kalo sakit boleh terus check :o. 120/80 mmHg. Alhamdulillah. dalam kepala, kena food poisoning ni. sebab baru lepas makan soto ayam yang buah tomatonya buruk tadi.

esoknya pegi klinik, rupa-rupanya low blood preasure: 90/60 mmHg. Ya Allah..rendahnya..patut la pening + sejuk semacam. tangan ngan kaki semua seram-seram sejuk.dapat cuti 2 hari.he he he. boleh la mengerjakan tugas-tugas yang belom selesai.

akhirnya saya di YM oleh salah satu kawan. rendahnya…kata dia. katanya lagi “nanti cite la pengalaman kat RS dalam blog akak ye”

kaget jap.he he he.ada gak orang baca blog ni( tak percaya diri langsung). he he he.

buat sahabatku yang di atas, nanti akak cite eh… he he he

cane kita nak elak dari bp kita drop?yang bagus kan dalam range 120/80 mmHg.

1-pastikan kita banyak minum. terutama air putih

2-istirehat yang sangat-sangat cukup

3-kurangkan stress

4-makan makanan yang berzat dan bergizi.he he he

5-antara makanan yang leh wat BP kita naik: daging kambing, usus, hati, dan yang seaktu dengannya.

Low BP ni bahaya sangat-sangat, sebab leh buat kita tak cukup oksigen. jantung tak cukup kuat untuk pam darah ke seluruh tubuh kita. sebab tu jari tangan dan kaki kita jadi sejuk.sama-sama kita jaga kesihatan kita. dan sama-sama berdoa semoga Allah sentiasa membei kesejahteraan kepada kita.amiiin


3B….

26 March 2009

BILA DAH JADI KO-AS…

23 Feb 2009, bermula saat-saat horror kepada diri ini.hik3. tak sangka dapat anak koja.dulu, habis je pandas kat koja, rasa macam tak nak masuk koja lagi.hu3.tapi memang diakui, koja memang best. cuma masalah-masalah dalaman yang buat saya rasa serik nak ke koja lagi. ehhh tup tup dapat koja lagi. anak pulak tu. ANAK!!@ paediatrics. hu3. salah satu subjek yang saya paling tak suka masa kuliah dulu. sebab dua sem belaja anak, dua2 sem tak lulus!hu3

26 mac 2009, dah hampir 5 minggu kat koja. banyak benda yang saya belaja. cane nak komunikasi ngan anak-anak, cane nak buat anak-anak tak nangis, cane nak buat itu buat ini. letih sangat-sangat. pegi koja pukul 6 pagi, pukul 5 petang bau balik. hampir 12 jam bu!dulu bukan main tak nak ngekost(sewa bilik) kat koja. alasan: takde tenet! memang tak senang duduk tanpa tenet!hu3

akhirnya, terpaksa buat keputusan untuk ngekost. kalo tak, penat sangat-sangat sampai tak sempat belaja.balik dah nak maghrib. mandi, solat, terus tido.(panjangnya mukaddimah).he3

bila dah jadi ko-as, banyak benda yang buat saya rasa insaf sangat2. betapa Allah telah merancang segala sesuatu dengan sangat bijaksana. melihat keadaan di koja, anak-anak yang sakit. melihat ada anak yang meninggal kerana ibu bapanya tak cukup duit nak bayar biaya kesihatan.  dulu saya selalu terfikir, kenapa Allah tempatkan saya di situ? kenapa orang lain dapat 1st cycle yang minor, yang mudah. ada kawan dapat radiology, yang pegi hanya untuk rilek2. tapi saya?takde masa untuk rehat. bila dapat rehat tu syukur sangat. sampai sekarang saya masih tercari hikmahnya. mungkin setelah saya dapat cycle yang lain, baru saya ketemu.

saya harus bersyukur, dikurniai rezeki yang sangat besar oleh Allah. saya pernah bertanya pada salah satu anak,

“dah besar nanti nak jadi apa?”

dan yang dijawab hanyalah gelengan. maksudnya

“saya tak tahu nak jadi apa”

akhirnya, saya sedar, saya salah bertanya. saya tak harus bertanya pada anak-anak yang ibu bapa nya tidak punya wang untuk membiayai sekolahnya. bayangkan SD(sekolah dasar) atau sekolah rendah aja biayanya hampir 1 juta rupiah. atau RM 400++. sungguh, kita harus sentiasa bersyukur. dikurniakan ALlah kesempatan untuk kita menuntut ilmu. dan sekarang, saya memang lebih giat belajar, sebab saya tak mahu dada saya kosong, tanpa ilmu, dan senang dibohongi..


assalamualaikum..

21 March 2009

salam ukhuwah semuanya…

dah lama tak menjenguk dan mengupdate blog ni..sekarang sibuk sangat3 dan langsung tak ada masa untuk merehatkan minda di sini..he he he..

insya Allah..saya akan terus berkarya..tapi bukan sekarang.sebab saya nak ke Rumah Sakit @ hospital dulu.nanti bila dah balik saya update eh.miss u all


rumput=kasih sayang?

9 March 2009

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.


bacalah…

6 March 2009

1) seronok (dapat fitnah)

2) seronok (dapat dosa)

3) seronok (dapat geng dgn syaitan)

4) dapat meluahkan masalah..(lebih baik luah ke Allah..)

5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6) banyak risau (takut kekasih kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat sbb asyik berdating, tapi kita tak pernah risau kan..)

7)banyak termenung dan senyum sendiri (ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sebagai muslim sepatutnya lebih banyak mengingati MATI yang pasti datang bila-bila masa..)

8) lebih mengutamakan kekasih daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri, kita dan kekasih.. lain dah tak kisah..)

9) menepati masa dan janji (takut kekasih marah/sakit hati/merajuk.. tapi solat fardhu lewat kita tak takut…tak risau Allah akan marah kita.. )

10) lain-lain lagi yang memberikan faedah dlm menambah saham DOSA daripada PAHALA..


hasil daripada pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber’couple’ terjadi;

1) sekolah/pusat pengajian:perempuan dan lelaki satu kelas,bercampur gaul tanpa batasan agama, tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu dalil mana yang diguna) mengatakan tak apa ber’couple’ asalkan tak melanggar batas-batas syarak.. nauzubillah.. pada pendapat mereka keluar berjumpa di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat-rapat dan si awek tu pula pakai tudung… so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le..

3) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas positif dan negatif. hasil daripada didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dari keluarga menyebabkan tarikan antara cas-cas itu tidak dapat dikawal,maka terjadinya perhubungan (kawan-kawan) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada sesetengah ibubapa dengan selamba berkata “tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le” . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besar, jadi tahu menilai yang mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan…

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga contoh cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dengan tujuan untuk mengambil iktibar..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit-cubit dan pukul-pukul pula tu.. lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan lelaki maka mereka pun menggoda lelaki untuk dpt byk boyfriend..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa … lebih-lebih lagi kalau tgk member-member lain ada awek. faktor sekeliling mempengaruhi suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia pakar dlm bab tackle/meng’ayat’ awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat…

8) haaa… ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sangat PERASAN jadi dia pun naik semangat kacau awek. mula-perasan perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul-betul.. ye la dah usaha sikit punya susah nak meng’ayat’/meng’tackle’, awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng’ayat’. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. pada kaum adam pula, jgn perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8… perempuan cepat sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. tolong ni tolong tu, tolong buat assingment ke sebagai contoh. bila lelaki yg dok tolong tu ‘ayat’ sikit jer dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut.. lelaki pun tolong ikhlas tak ikhlas je..

10) fakta yang ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber’awek’ disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati… alhamdulillah niat bagus… tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sebagaimana hadis Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu’man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W “sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya… ” (Muttafaun ‘alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya… .

2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu…

Nauzubillahi min zalik… Wallahu’alam… .


wasiat imam hassan al-banna

2 March 2009

1- jika anda mendengar azan segera lakukan solat walau bagaimanapun kesibukan anda

2- bacalah al-quran, lakukanlah pengkajian, dengarlah pengajian atau berzikirlah. jangan sia-siakan waktu anda untuk persoalan yang tidak berguna

3- berusahalah membiasakan berbicara dengan bahasa arab fusha(standard) kerana bahasa arab standard merupakan salah satu syiar islam

4- jangan memperbanyak debat dalam semua urusan walau bagaimanapun keadaannya, sebab pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

5- jangan banyak tertawa kerana orang yang selalu berhubungan dengan Allah bersifat tenang dan selalu serius

6- jangan banyak bergurau sbb umat yang berjihad hanya mengenal keseriusan

7-jangan bersuara melebihi yang diperlukan pendengar kerana hal itu selain menyakitkan juga termasuk perbuatan bodoh

8-jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan lembaga-lembaga islam dan jangan berbicara kecuali dalam kebaikan

9- berkenalanlah dengan saudara dan teman-teman yang anda jumpai, meskipun anda tidak diminta memperkenalkan diri. sbb dasar dakwah kita adalah kasih sayang dan persaudaraan.

10- kewajiban itu lebih banyak dari waktu yang anda miliki. maka bantulah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. kalau anda berurusan, persingkatlah pelaksanaannya.